Thursday, August 12, 2010

* siapakah wanita*

jangan pikir sambil menari2 macam tu plak,,, xsesuai....
hahaha

apa yang ak tau....wanita ni Allah jadikan daripada tulang rusuk lelaki pertama merangkap manusia pertama, iaitu Adam,,,
terbang bersama angananku dalam mencari siapa itu wanita

Wanita pertama yang dijadikan Allah SWT iaitu Hawa adalah hasil doa Nabi Allah Adam a.s. Beliau yang kesepian hidupnya di syurga ketika itu tiada teman untuk berbicara. Allah SWT memperkenankan doa beliau dengan menciptakan seorang wanita untuknya. Inilah secara ringkasnya kejadian wanita, makhluk yang halus kulitnya, lemah sendi tulangnya dan berbeza pula bentuk serta susunan tubuhnya berbanding dengan lelaki.

begitulah wanita,, pnuh ngan hikmah kejadiannya,, kalu nabi adam x doakan nk ada member blom tentu ada wanita kat dunia ni... wanita memang kompleks,,, se kompleks asal usul kejadian nya,,hehehe

Rasulullah saw bersabda lagi: “Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya. Jika kamu membiarkannya, dia akan tetap bengkok.” Riwayat Imam Bukhari.
kalu tulang rusuk lembik,,macam ni la wanita,,,thanks ALLAH..

so what to do? semenangnya wanita harus dibimbing,,, bukan dibiarkan tanpa arah, bukan dijadikan bahan dagangan, bkan juga dijadikan sandaran kpd sesuatu.

Wanita tidak hanya lemah pada asal kejadiannya malah pada umumnya lemah juga pada akalnya. Jika diukur nisbah antara akal dan nafsu, wanita hanya mempunyai satu akal berbanding dengan sembilan nafsu. Manakala lelaki pula mempunyai satu nafsu berbanding dengan sembilan akal. Ini jelas dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT: “Dialah yang menciptakan kamu daripada nafsu yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya.”

nafsu yg terlalu byak menyebbkan ramai wanita dianggap boros,,,dalam berbelanja.
tp ak boros ke? thinking of money....yup! itu wanita,,,memikirkan masa depan yg keterlaluan,,,tp perlu ke emosional? emosional memang sifat wanita pe...kalu terasa nk nangis, kalu terharu nangis, kalu berpisah konpem2 nangis,,,,
ak sdiri pon nangis,,,tapi secara bersembunyi...air mata wanita itu senjata ntuk melemahkan lelaki...ni katanya cikgu motivasi ak zaman skolah,,,ckgu mokhtar...

emotional cats,hahaha

Emosi perlu bagi wanita kerana tanpa emosi, kaum wanita ditakuti bertindak liar dan merosakkan. Tanpa bimbingan, nafsu lebih banyak mempengaruhi mereka daripada akal. Namun begitu, jika emosi dipimpin dan diatur selaras dengan syariat - wanita akan menjadi makhluk yang paling cantik, unik, sensitif dengan Allah, dengan makhluk dan alam sekitarnya. Barulah mereka menjadi mutiara yang paling berharga di dunia.

CANTIK, UNIK, SENSITIF...yeay

0 comments:

 
design by suckmylolly.com